[Niat yang baik akan mencetuskan keikhlasan, dan apabila ikhlas telah meliputi hati
akan lahirlah amalan-amalan kebajikan baik yang zahir mahupun yang batin, yakni yang tersembunyi]
Allah telah berfirman:
Maksudnya: "Dan tiadalah mereka diperentahkan melainkan kerana mengabdikan diri (menyembah)
kepada Allah dalam keadaan berikhlaskan agama kepadaNya sepenuh hati." (QS Al-Baiyinah:25)
Allah berfirman lagi:
Maksudnya: "Tiada akan sampai daging (Qurban) dan tiada juga darahnya kepada Allah, tetapi yang
sampai itu ialah taqwa kamu." (QS Al-Haj:37)
Berkata Ibnu Abbas r.a.:Maksudnya ia lah niat baik. [Yakni yang kamu simpan di dalam hati kamu,
kerana itu lah saja yang di hargai Allah s.w.t.].
Sebuah riwayat daripada saiyidina Umar bin Al-Khatab r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Hanyasanya semua perbuatan itu mestilah dengan niat, dan hanyasanya setiap amalan manusia itu
dikira apa yang di niatkan nya. Barang siapa hijrahnya di niatkan kepada Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya diniatkan kepada
dunia yang hendak di capainya atau kepada wanita yang hendak di nikahinya, maka hijrahnya itu adalah
kepada yang di niatkan hijrah itu kepadanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Tuan yang mulia Abu Ali Al-Fudhail bin Iyadh rahimhullah meriwayatkan, katanya:"Meninggalkan amalan kerana
manusia adalah riya', dan membuat amalan kerana manusia pula adalah syirik, maka ikhlas sajalah
yang dapat diselamatkan mu oleh Allah daripada keduanya."
Biarkanlah dia melihat, biarlah dia berkata apa pun, asalkan hati tetap bersama Allah. Jangan sampai ia terusik sehingga
dapat mengubah niat asal di dalam hati.Itu sangat merbahaya sekali. Begitu pula kalau kita membuat sesuatu amalan
kerana manusia, memang kita hendakkan ia tahu, tidak cukup hanya Allah saja yang tahu, kerana tidak dapat pujian ,
maka amal yang serupa ini ialah amalan yang diiringi oleh sifat syirik yang mana Allah tidak menerimanya. Sebab itu
hendaklah kita mengikhlaskan segala amalan kita hanya kepada Allah, dan dengan yang demikian itu saja kita akan dapat
di selamatkan dari kedua-dua bahaya tadi ia itu riya' dan syiri.
Inilah sikap mu'min yang sejati,dia terus menjaga hatinya biar selalu ikhlas kerana mencari keridhaan Allah Ta,ala, dia selalu berkata yang benar biar orang lain tidak suka, asalkan Allah tiada murka kepadanya. Bila dia membuat kebajikan dia tidak mahu orang tahu sama ada sedikit apatah lagi apabila banyak, cukuplah Allah saja yang mengetahuinya kerana dia melakukan nya kerana Allah, tetapi jika dia melakukan kejahatan biar semua orang tahu supaya orang dapat mencelanya atau membencinya supaya dia cepat-cepat dapat bertaubat dan menyesali diri dari perbuatan yang jahat itu.
Daripada Hudzaifah Al-Marasyi rahimahullah,katanya:"Ikhlas itu ialah apabila amalan sang hamba itu sama saja pada zahir
atau batinnya".
Diriwayatkan pula oleh Al Ustaz Abu Ali Ad-Daqqaq rahimahullah, di berkata :"Ikhlas itu ialah memelihara diri agar tiada di lihat oleh orang ramai, dan kebenaran pula ia lah mensucikan diri daripada tunduk kepada hawa nafsu.Sebab itu seorang yang mukhlis itu tidak ternampak dalam amalannya sifat riya', bagitu pula orang yang benar tiada ternampak pada dirinya sifat ujub atau bangga diri".
Berkata pula Dzub-Nun Al- Mashri rahimahullah, katanya:"Ada tiga tanda yang menjadi alamat ikhlas, iaitu: Menyamakan puji dan cela daripada orang-orang awam, melupakan melihat amalan ketika beramal, dan menuntut pahala amalan di akhirat".
Oleh yang demikian sekiranya kita sampai dapat menganggap serupa itu, kita jua menjadi kekasih Allah, kerana ikhlas dalam beramal itu sangat penting sekali dan amalan tanpa ikhlas tidak akan di terima Allah. Menyamakan puji dengan cela barangkali
dapat di tanggung oleh orang yang cekal hatinya, tetapi melupakan segala amalan yang telah dilakukannya baik sedikit apatahlagi sudah banyak hanya dapat di tanggung oleh orang yang sudah bersih hatinya daripada dunia dan mata bendanya.
Dia telah melupakan segala-galanya dari urusan dunia, hanya hati dan fkirannya terpaut kepada kecintaan terhadap Allah, dan semua amalannya berupa amalan hamba kepada Khaliknya, apakah wajar hamba menolak atau mensia-siakan suruhan Tuhannya? Manakala sikap tiada menuntut pahala amalan di akhirat adalah tingkat yang mendatang sesudah tingkat kedua tadi
kerana orang yang menjalankan tugas atau kewajbannya tidak perlu meminta balasan. Kalau diberi itu adalah sebagai kurnia atau pemberian dan bukan balasan atau ganjaran......wallahu-a'lam.
di petik dari: Buku Panduan Kehidupan Beragama Sehari-hari (Imam Nawawi)
Mohon di tegur sekiranya ada kesalahan yang terdapat dalam catatan ini......