Khamis, 19 Mei 2011

Anwar:Tak perlu 'ISA' Ibrahim Ali

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian.

NONESebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan.

Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.

Namun, menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula sekadar menyatakan bahawa amaran seperti yang disuarakan oleh Ibrahim itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia – maka tidak adil sekiranya Ibrahim sahaja yang dikenakan tindakan.

Ibrahim pula ketika mempertahankan ucapannya itu berkata, slogan jihad yang dilaungkannya ke atas golongan Krisitian itu "tidak bermaksud berbunuh-bunuhan dengan orang Kristian atau orang bukan Islam" tetapi sekadar untuk "menggemparkan" bagi tujuan menyedarkan orang ramai.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3Bagi Anwar, Umnolah yang bertanggungjawab membiarkan.kenyataan melampau dan juga penghinaan ke atas gereja Kristian seperti itu berterusan.

"Memang ada undang-undang untuk menyiasat (kenyataan Ibrahim) tetapi bagaimana untuk menyiasat sekiranya ia dipromosikan (dan) disokong oleh pemerintah? Penyelesaiannya? Berilah rakyat faham dan jangan undi mereka.

"Tidak kiralah apa yang Nazri kata, dia tidak ada kredibiliti. Saya tidak fikir dia mewakili suara-suara rasional ataupun yang berdasarkan undang-undang, jadi saya tidak fikir dia mewakili apa-apa yang positif.
Kurang adab

"(Kenyataanya) kurang adab kesopanan, hanya untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakyat. Patutkah satu negara bertamadun membiarkan sentimen seperti ini selepas separuh dekad mengecap kemerdekaan?" katanya lagi.

NONEAnwar juga memegang prinsip yang sama ke atas akhbar Utusan Malaysia yang bertanggungjawab menyiarkan dakwaan kononnya terdapat usaha daripada pemimpin Kristian untuk menukar agama rasmi persekutuan dan juga melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.

"Ada banyak undang-undang dan suruhanjaya yang boleh menanganinya... Tapi tentulah naif sekiranya kita menganggap bahawa Umno akan mengambil apa-apa tindakan ke atas lidah parti mereka sendiri, yang mana fungsinya ditetapkan oleh presiden parti yang menjadi perdana menteri negara ini.

"Saya bukanlah... kata orang, fatalistik atau acuh tidak acuh. Saya kata, ini perlu dijelaskan. Najib tidak boleh terus berkata 'Oh, Utusan, susah', tapi saya tahu Utusan dan bagaimana ia dikendalikan," katanya lagi.

Susu 1 Malaysia di khuatiri ada melamin

Sampel susu UHT, produk import yang digunakan dalam Program Susu 1Malaysia, kini sedang dianalisa setelah timbul kekhuatiran ia mengandungi melamin.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Jabatan Kesihatan Selangor (JKN) telah diarahkan untuk mengambil sampel susu UHT yang diimport oleh syarikat Hybrid Allied Sdn Bhd bagi tujuan analisis melamin semalam.

Sampel susu berkenaan diambil di gudang penyimpanan di Biforst Logistics Sdn Bhd di Shah Alam, Selangor yang merupakan gudang tunggal yang menyimpan bekalan susu UHT yang diimport syarikat berkenaan, katanya.

"Persampelan tersebut akan dijalankan pada kadar segera dan keputusan analisis akan diketahui dalam tempoh tiga hari dari tarikh persampelan," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tiada logo halal

Isu itu timbul ekoran dakwaan Yang Dipertua Ibu Bapa dan Guru (YDP PIBG) Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Alor Setar, Kedah, Shaharol Niza Omar, yang dilaporkan menyatakan susu UHT yang diimport oleh syarikat itu untuk Program Susu 1Malaysia (PS1M) tidak mempunyai logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

NONEBeliau turut meragui keselamatan produk tenusu UHT berkenaan yang dikhuatiri mengandungi melamin, memandangkan kandungan susu hanya 40 peratus manakala 60 peratus lagi adalah bahan lain termasuk High Fructose Corn Syrup (HFCS), yang dikaitkan boleh menyebabkan peningkatan kadar obesiti sebanyak tiga kali ganda dan diabetes sebanyak tujuh kali ganda.

Mengenai penggunaan HFCS, Rosnah berkata berdasarkan Peraturan 129, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, HFCS adalah dibenarkan penggunaannya sebagai bahan pemanis untuk ditambahkan dalam produk makanan.

Katanya berdasarkan maklumat daripada Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan, terdapat kajian di luar negara yang mengaitkan penggunaan HFCS dengan peningkatan obesiti walaupun tidak terdapat kajian khusus mengenainya yang dijalankan di Malaysia.
Risiko berlebihan berat

HFCS merupakan salah satu gula tambahan yang sering digunakan dalam produk minuman komersil dan seperti gula tambahan yang lain, pengambilan minuman yang mengandungi HFCS secara berlebihan boleh meningkatkan risiko berlebihan berat kerana pengambilan kalori yang berlebihan.

tainted milk product from china 230908Rosnah berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak kilang, penggunaan HFCS dalam produk susu UHT keluarannya hanyalah 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan ramuannya.

"Memandangkan kandungan susu UHT yang dibekalkan kepada murid-murid sekolah
bagi Program Susu 1Malaysia hanya mengandungi 4.3 peratus HFCS dan dibekalkan dua kali seminggu sahaja, susu UHT tersebut secara khususnya mungkin tidak boleh menyebabkan obesiti melainkan jika pengambilan makanan lain tidak terkawal," katanya.