Selasa, 28 September 2010

DISAAT DAKU TUA

Disaat daku tua, bukan lagi diriku yang dulu.
Maklumilah diriku, bersabarlah dalam menghadapiku.

Disaat saya dengan pikunnya mengulang terus menerus ucapan yang membosankan mu,
Bersabarlah mendengarkanku, jangan memotong ucapanku.Dimasa kecilmu, Daku harus mengulang dan mengulang terus sebuah cerita yang telah saya ceritakan ribuan kali hingga dirimu terbuai dalam mimpi.

Disaat saya membutuhkanmu untuk memandikanku,
janganlah menyalahkanku,
ingatlah dimasa kecilmu, bagaimana daku dengan berbagai cara membujukmu untuk mandi?

Disaat saya kebingungan menghadapi hal-hal baru dan teknologi modern,
janganlah menertawaiku.
Renungkanlah bagaimana daku dengan sabarnya menjawab setiap "mengapa" yang engkau ajukan disaat itu.

Disaat kedua kakiku terlalu lemah untuk berjalan,
Ulurkanlah tanganmu yang muda dan kuat untuk memapahku, bagaikan dimasa kecilmu daku menuntunmu melangkahkan kaki untuk belajar berjalan

Disaat daku melupakan topik pembicaraan kita,
Berilah sedikit waktu padaku untuk mengingatnya.
Sebenarnya, topik pembicaraan bukanlah hal yang penting bagiku, asalkan engkau berada disisiku untuk mendengarkanku, daku telah bahagia.

Disaat engkau melihat diriku menua, janganlah bersedih.
Maklumilah diriku, dukunglah daku, bagaikan daku terhadapmu disaat engkau mulai belajar tentang kehidupan.

CINTA KU PADA iLLAHI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Diari hati ku selak sepi
Kini sudah tiba tahun baru bakal meniti hari
Sisa-sisa hari yang masih belum pasti
Adakah esok masih ada untuk diri
Hati terasa sayu
Hijrah yang lalu apa sudah dikecapi
Atau masih memburu angan-angan
Angan-angan meraih cinta Al-Khaliq
Sudahka angan-angan menjadi kenyataan.
Resah hati tidak terperi bagaimana hijrahku yang lalu
Ya Ilahi bagaimana keadaanku disisMu
Ya Ilahi adakah cintaku diterima OlehMu
YaIlahi terkadang aku kalah dengan sifat insani
Cinta yang kusembahkan terkadang diiringi dosa-dosa tanpa kusedari begitu lemahnya diri.

YA ALLAH mencintai Mu nikmat yang tidak terungkap dengan kata
walau bagai angin lalu rasa cinta itu
aku punya pinta dari lubuk hati yang dalam agar nikmat mencintaiMu selamanya menjadi milikku

Ya Allah genggamlah hayatku
Moga Mahabbah Mu berterusan mengiringi perjalanan hayatku
Jika kehidupan baik untukku maka berikanlah kehidupan buatku
Jika kematian baik buatku maka berikanlah kematian buatku
Sesungguhnya mengingati Mati menjadikan aku dekat dengan Mu.
Tuhanku Engkau mengetahui segala yang menanti dihadapanku.
segala yang ada padaku adalah MilikMU
Tiada lain yang kuharapkan dihadapanku adalah beroleh keredhaanMu.
Sehingga Engkau seru ke penghujung Nyawaku.

SAIDINA UMAR ALKHATAB BERSAMA BUDAK PENGEMBALA KAMBING

Dari Abdullah Ibnu Dinar ” suatu hari, saya berjalan bersama Khalifah Umar Al-Khatab, waktu itu kami bertemu dengan seorang budak pengembala kambing yang sedang mengembala kambingnya".
Saidina Umar berkata kepada budak pengembala kambing itu : ” juallah kambing itu kepadaku ”
budak itu menjawab : ” kambing ini bukan kambingku, tetapi kepunyaan tuanku “.
Saidina Umar berkata: ” Bukankah tuan kau tidak mengetahui, katakan saja satu diantaranya telah dimakan serigala”
budak itu menjawab: ” sesunggguhnya Allah maha mengetahui “
Setelah mendengar yang demikian, Saidina Umar menangis..
Kata Saidina Umar: "agama telahpun sampai pada diri kau"
Saidina Umar memanggil tuannya, setelah membeli budak itu lalu dibebaskan oleh beliau.
Saidina Umar berkata: ” Sejak hari ini kau bebas merdeka di dunia dan kau akan lapang di akhirat"

Pesanan Untuk Orang Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoalkan itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadangkadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semula jadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV.

Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!