Jumaat, 24 September 2010

FITNAH ANCAMAN UMMAH Akhir Zaman

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difi tnah. Kini, menyebar fi tnah seolaholah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fi tnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Betapa besar hukuman yang dikenakan terhadap mereka yang menjadi penyebar fi tnah. Tidak masuk syurga! Jika tidak masuk syurga ke nerakalah tempatnya. Tidak ada istilah ‘duduk di tengah-tengah’ bagi mereka yang melakukan kejahatan.

Fitnah dalam bahasa Arab bermaksud ujian dan cubaan. Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa makna asal fi tnah ialah al-ikhtibar, al-imtihan iaitu ujian. Ibnu Manzur pula menyatakan fi tnah itu adalah al-ibtila’(cubaan), al-imtihan dan al-ikhtibar (ujian). Manakala Jurjani memberikan defi nisinya iaitu “Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu.”

Manakala makna fi tnah menurut al-Quran pula membawa erti syirik dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan perangilah mereka supaya tidak berlakunya syirik.” Selain itu fi tnah juga membawa makna ujian dan cubaan (surah Toha: 40 dan al-Ankabut:3), seksa (surah al-Ankabut:10, surah az-Zariat:14 dan surah an-Nahl:110), dosa (at-Taubah:49), kekufuran (at-Taubah:48 dan ali-Imran:7), kebinasaan (an-Nisa:101 dan Yunus:83), berpaling dari jalan yang benar (al-Maaidah:49 dan al-Isra’:73), sesat (al-Maaidah:41 dan as-Soffat:162), alasan (al-An’am:23, sebahagian tafsir memberi maksud jawapan), dan gila (al-Qalam:6).

Fitnah menurut as-Sunnah memberi maksud perselisihan dan peperangan, sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Akan berlaku perselisihan dan peperangan, orang yang melihatnya lebih baik dari orang yang menyebabkannya ia berlaku.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Selain itu fi tnah member maksud ujian dan cubaan, melalaikan dan melekakan, penyeksaan dan pembunuhan, berlaku kemungkaran dan kemaksiatan, memaksa untuk kembali kufur, dan menjauhkan dari agama.

Fitnah melibatkan manusia dan manusia yang lain. Tidak terjadi di kalangan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Oleh itu dosa ini digolongkan dosa sesama manusia. Maka dosa ini tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan meminta ampun orang yang difi tnah. Kini, menyebar fi tnah seolah-olah perkara yang kecil bagi manusia sekarang.

Orang yang difi tnah akan pergi ke mahkamah dan mengemukakan saman serta menarik balik tuduhan yang dilontarkan. Bagi mereka yang melontarkan fi tnah itu akan cuba melawan habis-habisan bagi mempertahankan tuduhannya atau akan menarik semula tuduhan tersebut setelah mengambil masa yang terlalu lama. Betapa ringannya dosa fi tnah bagi mereka kerana semuanya disandarkan kepada mahkamah


Apa Sebenarnya Cinta?

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah.

Memiliki perasaan ingin mencintai dan dicintai adalah sesuatu yang lumrah sifatnya. Tidak terkecuali bagi remaja yang cukup terkenal dengan sikap gemar mencuba. Termasuklah melibatkan soal cinta. Merasai dan menjadi sebahagian daripada pemain watak dalam kisah bertemakan mainan perasaan dan jiwa, tentu menimbulkan kemahuan yang tinggi dalam diri mereka.

Apatah lagi kerap dimomok dengan keindahan jalan cerita drama, fi lem, novel ataupun kisah kawan-kawan yang cukup berbunga-bunga, hati mula melonjak teruja. Alangkah indahnya bercinta! Mengetahui apa itu cinta. Mudahnya melafazkan kata cinta namun tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah. Bagi yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

Namun harus diingat soal bercinta bukan semata-mata kerana sayang. Tapi bagaimana mahu menjadikan ikatan cinta yang terjalin akan terus dibawa hingga ke gerbang pelamin. Kefahaman tentang konsep cinta antara lelaki dan wanita perlu diketahui sebaiknya. Itu paling penting, agar hubungan cinta yang dijalin tidak membawa kepada kekecewaan seterusnya sentiasa dalam rahmat Ilahi.

Bersandarkan Allah

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang daripada Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, mainan perasaan dan getaran yang memilukan hati. Ini kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.