Selasa, 5 April 2016
[Info Kesihatan] Jus Timun Mampu Jadi Penawar Penyakit Gout
Tahukah anda timun sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan bukan sekadar ulam?
Tiffany dari Girls Generation melakukan topeng timun dua kali seminggu, ini untuk melegakan kulit dan memberikan vitamin ke dalam kulit.
Jus timun juga mampu mencerahkan bibir. Caranya adalah dengan mengambil sepotong timun dan haluskan. Oles ke bibir untuk mencerahkan bibir yang hitam. Biarkan hingga kering dan bilas. Boleh juga dilakukan ketika nak tidur, biarkan semalaman.
Malahan juga, timun yang merupakan sejenis sayuran jenis buah yang banyak ditanam di Malaysia ini amat berguna untuk mengurangkan masaalah Gout.
Jus timun kini telah di sebarkan secara meluas dalam laman web dengan sebab keupayaannya mengurangkan Asid Uric yang menjadi kristal dan ini menyebabkan kesakitan pada sendi kaki atau sering dipanggil ‘Gout’.
Kajian menunjukkan dengan minum jus timun akan menurunkan suhu badan kerana kandungan alkali (alkaline) di dalamnya.
Ia juga memberi kesan sangat signifikan kepada menghilangkan kesakitan pada sendi (joint paint) iaitu masalah yang sama seperti masalah gout.
http://www.wanista.com/info-kesihatan-jus-timun-mampu-jadi-penawar-penyakit-gout/