Selasa, 18 Februari 2014

Keterlibatan Mahathir dgn Yahudi (Sejarah)







ULASAN: Ini adalah artikel yang popular sewaktu kemuncak Reformasi dulu bagi rujukan kita.



Janganlah kita terus menerus ditipu oleh UMNO kononnya Dr Mahathir adalah penentang dan anti Yahudi.



Beliau adalah kawan baik Yitzak Rabin. Akhbar Yahudi Australia amat memuji Dr Mahathir.



KONSPIRASI DR. MAHATHIR YAHUDI

Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.

21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

OLEH : Penulis Siber
( Penulisan asal oleh Wak Reformasi - terdapat sedikit pengubahsuaian)

Selasa, 4 Februari 2014

Healthy Life: :: KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN ...

Healthy Life: :: KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN ...: Konsep Baru Mekah Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah ...

Selasa, 28 Januari 2014

BATALKAH WUDU' LELAKI BERSENTUHAN DENGAN WANITA?


Permasalahan ini adalah permasalahan yang sering dibincangkan oleh sebagian orang. Dan kebanyakan kaum muslimin menganggap bahwa menyentuh wanita adalah membatalkan wudhu. Inilah yang dianut oleh majoriti kaum muslimin di negeri ini karena kebanyakan mereka menganut madzhab Syafi’i yang berpendapat seperti ini. Maka yang manakah lebih tepat? Tentu saja kita mesti mengembalikan hal ini pada pemahaman yang benar terhadap Al Qur’an dan As Sunnah.[1]

Kebiasaan Pendapat

Perlu diketahui, dalam masalah apakah menyentuh wanita membatalkan wudhu' ataukah tidak, para ulama ada tiga macam pendapat.

Pendapat pertama: menyentuh wanita membatalkan wudhu' secara mutlak. Pendapat ini dipilih oleh Imam Asy Syafi’i, Ibnu Hazm, juga pendapat dari Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Umar.

Pendapat kedua: menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu' secara mutlah. Pendapat ini dipilih oleh madzhab Abu Hanifah, Muhammad bin Al Hasan Asy Syaibani, Ibnu ‘Abbas, Thowus, Al Hasan Al Bashri, ‘Atho’, dan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Pendapat ketiga: menyentuh wanita membatalkan wudhu' jika dengan syahwat. Pendapat ini adalah pendapat Imam Malik dan pendapat Imam Ahmad yang masyhur.

Untuk melihat manakah pendapat yang lebih kuat, mari kita lihat beberapa hujah yang digunakan untuk mengukuhkan pendapat masing-masing.

Batalnya Wudhu' Karena Menyentuh Wanita Melalui Dalil Al Qur’an?

Sebagian ulama yang menyatakan batal wudhu' karena menyentuh wanita, berdalil dengan firman Allah Ta’ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا


“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); ...” (QS. Al Ma-idah: 6) Mereka menafsirkan kalimat “lamastumun nisaa’” dengan menyentuh perempuan. Landasannya adalah perkataan Ibnu Mas’ud ,

اللَّمْسُ، مَا دُوْنَ الجِمَاعِ
.

“Al lams (lamastum) bermakna selain jima’”.[2] Perkataan yang serupa juga dikatakan oleh Ibnu ‘Umar.[3] Jadi, menurut keduanya lamastumun nisaa’ bermakna selain berhubungan badan seperti menyentuh.

Akan tetapi, tafsiran dua ulama sahabat ini bertentangan dengan perkataan sahabat -yang lebih pakar dalam masalah tafsir- yaitu Ibnu ‘Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-. Beliau mengatakan,

إن”المس” و”اللمس”، و”المباشرة”، الجماع، ولكن الله يكني ما شاء بما شاء

“Namanya al mass, al lams dan al mubasyarah bermakna jima’ (berhubungan badan). Akan tetapi Allah menyebutkan sesuai dengan yang ia suka.”

Dalam perkataan lainnya disebutkan,

أو لامستم النساء”، قال: هو الجماع.

“Makna ayat: lamastumun nisaa’ adalah jima’ (berhubungan badan).”[4]

Manakah dua tafsiran di atas yang lebih tepat?

Ada beberapa jawaban untuk pertanyaan ini:

Pertama: Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Jarir Ath Thobari bahwa makna “lamastmun nisaa‘” dalam ayat tersebut adalah jima’ (berhubungan badan) dan bukan dimaknakan dengan makna lain dari kata al lams. Alasannya, terdapat hadits sahih dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa beliau pernah mencium sebagian istrinya, lalu beliau solat dan tidak berwudhu' lagi.

Dari ‘Aisyah, beliau mengatakan bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mencium sebagian istrinya, lalu ia pergi solat dan tidak berwudhu'. Seorang perawi (‘Urwah) berkata pada ‘Aisyah, “Bukankah yang dicium itu engkau?” Setelah itu ‘Aisyah pun tertawa.[5] Juga terdapat riwayat Ibrahim At Taimiy, dari ‘Aisyah. Riwayat ini dishahihkan oleh Al Albani.[6]


Kedua: Tafsiran Ibnu ‘Abbas lebih didahulukan dari tafsiran Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Umar karena beliau lebih pakar dalam hal ini.[7]

Ketiga: Kita pun bisa melihat pada konteks ayat surat Al Maidah ayat 6,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah”: Dalam ayat ini disebutkan mengenai thaharah (bersuci) dengan air dari hadas kecil.

إِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُواوَ

“dan jika kamu junub maka mandilah”: Sedangkan ayat ini untuk bersuci dari hadas besar.

Lalu setelah itu, Allah menyebut:

وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا


“dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau lamastumun nisaa’, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah.”

Dalam firman Allah: “maka bertayamumlah”. Ini menunjukkan bahwa tayamum adalah pengganti untuk dua thoharoh sekaligus jika tidak memungkinkan menggunakan air.

أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ

“atau kembali dari tempat buang air (kakus)”: ini adalah untuk hadas kecil. Jadi tayamum bisa sebagai pengganti wudhu'.

أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ

“ atau lamastumun nisaa’”: ini adalah untuk hadas besar. Jadi tayamum boleh mengganti mandi junub. Sehingga dari sini, lamastumun nisaa’ termasuk hadas besar. Jadi maknanya bukan hanya sekedar mencium atau menyentuh.

Catatan: Memang kata al lams bisa bermakna menyentuh (meraba) dengan tangan sebagaimana disebutkan dalam ayat berikut,

وَلَوْ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ كِتَابًا فِي قِرْطَاسٍ فَلَمَسُوهُ بِأَيْدِيهِمْ

“Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas kertas, lalu mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri” (QS. Al An’am: 7)

Begitu pula dapat dilihat dalam hadis,

وَالْيَدُ زِنَاهَا اللَّمْسُ

“Zinanya tangan adalah dengan meraba.”[8]

Namun sebagaimana diutarakan oleh Ibnu Jarir Ath Thobari, makna “lamastmun nisaa‘” dalam ayat tersebut adalah jima’ (berhubungan badan) dan bukan dimaknakan dengan makna lain dari kata al lams.

Dalil Lain Bahwa Menyentuh Wanita Tidak Membatalkan Wudhu'

Pertama: Hadis ‘Aisyah, ia berkata,

فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لَيْلَةً مِنَ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِى عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِى الْمَسْجِدِ


“Suatu malam aku kehilangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau ternyata pergi dari tempat tidurnya dan ketika itu aku menyentuhnya. Lalu aku menyingkirkan tanganku dari telapak kakinya (bagian dalam), sedangkan ketika itu beliau sedang (solat) di masjid …”[9]

Kedua: Hadis ‘Aisyah, ia berkata,

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَىْ رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – وَرِجْلاَىَ فِى قِبْلَتِهِ ، فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِى ، فَقَبَضْتُ رِجْلَىَّ ، فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا . قَالَتْ وَالْبُيُوتُ يَوْمَئِذٍ لَيْسَ فِيهَا مَصَابِيحُ


“Aku pernah tidur di hadapan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dan kedua kakiku di arah kiblat beliau. Ketika ia hendak sujud, ia meraba kakiku. Lalu aku memegang kaki tadi. Tika bediri, beliau membentangkan kakiku lagi.” ‘Aisyah mengatakan, “Rumah Nabi ketika itu tidak ada penerangan.”[10]

Ketiga: Sudah diketahui bahwa para sahabat pasti selalu menyentuh isti-istrinya. Namun tidak diketahui kalau ada satu perintah dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk berwudhu' dan tidak ada satu riwayat pun yang menyebutkan bahwa ketika itu para sahabat berwudhu'. Padahal keadaan ini sudah biasa terjadi ketika itu. Bahkan yang diketahui bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam mencium sebagian istrinya dan tanpa berwudhu' lagi. Walaupun memang hadits ini diperselisihkan oleh para ulama mengenai keshahihannya. Namun tidak ada riwayat yang menyatakan bahwa beliau berwudhu' karena sebab bersentuhan dengan wanita. [11] -Inilah penjelasan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah yang kami sarikan-

Sedangkan perkataan ulama yang menyatakan bahwa menyentuh wanita dengan syahwat saja yang membatalkan wudhu', maka ini adalah pendapat yang tidak berdalil. Namun jika sekedar menganjurkan untuk berwudhu sebagaimana orang yang marah dianjurkan untuk berwudhu, maka ini baik. Akan tetapi, hal ini bukanlah wajib. Wallahu Ta’ala a’lam.

Perhatian: Hukum Menyentuh Wanita Yang Bukan Mahram

Jika sudah jelas penjelasan menyentuh wanita di atas berkaitan dengan masalah wudhu'. Lalu bagaimana dengan hukum menyentuh wanita yang bukan mahram, berdosa ataukah tidak? Ada hadis yang bisa kita perhatikan, yaitu dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu , Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنَ الزِّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الاِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ


“Setiap anak Adam telah ditakdirkan bagian untuk berzina dan ini suatu yang pasti terjadi, tidak dapat tidak. Zina kedua mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.”[12] Zina tangan adalah dengan menyentuh lawan jenis yang bukan mahram dan di sini disebut dengan zina sehingga ini menunjukkan haramnya. Karena ada kaedah: “Apabila sesuatu dinamakan dengan sesuatu lain yang haram, maka menunjukkan bahwa perbuatan tersebut adalah haram.”[13].Semoga kita bisa memperhatikan hal ini.

Kesimpulan: Menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu' menurut pendapat yang lebih kuat. Namun jika menyentuh wanita bukan mahram, ada konsekuensi berdosa berdasarkan penjelasan terakhir di atas. Wallahu a’lam.

Semoga yang singkat ini bermanfaat.

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Artikel www.muslim.or.id

[1] Pemabahasan ini kami olah dari Shahih Fiqh Sunnah, Syaikh Abu Malik, 1/138-140, Al Maktabah At Taufiqiyah dengan beberapa tambahan seperlunya.

[2] Lihat Tafsir Ath Thobari (Jaami’ Al Bayan fii Ta’wilil Qur’an), Ibnu Jarir Ath Thobari, 8/393, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, tahun 1420 H. Syaikh Ahmad Syakir dalam ‘Umdatut Tafsir (1/514) mengatakan bahwa sanad riwayat inii yang paling shahih.

[3] Idem.

[4] Lihat Tafsir Ath Thobari (8/389). Sanad riwayat ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Abu Malik dalam Shahih Fiqh Sunnah, 1/139.

[5] Diriwayatkan oleh Ath Thobari (8/396). Beliau mensahihkan hadis-hadis semacam ini.

[6] HR. An Nasa-i no. 170. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini sahih. Lihat Misykah Al Mashobih 323 [24].

[7] Alasan yang dikemukakan oleh Syaikh Abu Malik dalam Sahih Fiqh Sunnah, 1/139.

[8] HR. Ahmad 2/349. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadis ini sahih.

[9] HR. Muslim no. 486.

[10] HR. Bukhari no. 382 dan Muslim no. 512.

[11] Lihat Majmu’ Al Fatawa, 35/358.

[12] HR. Muslim no. 6925.

[13] Lihat Taysir Ilmi Ushul Fiqh, Abdullah bin Yusuf Al Juda’i







Isnin, 27 Januari 2014

Muhasabah Diri Melalui Amalan Sepanjang 24 Jam Melayari Ramadhan



  Senarai Semak Ramadhan,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Ramadhan adalah  madrasah agung yang memberi peluang kita mempelajari banyak pekara daripadanya. Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri seseorang ke arah yang lebih baik.Dalam bulan Ramadan ini kita perlu merebut peluang di mana ibadat sunat yang dilakukan itu diberi ganjaran ibadat fardu. Manakala ibadat fardhu pula diberi ganjaran 70 kali ganda.

Cara terbaik untuk muhasabah diri dalam bulan yang mulia ini ialah dengan melihat bagaimana amalan sepanjang 24 jam kita melayari hariannya.

p/s:   Waktu yang dinyatakan di bawah berdasarkan waktu solat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sila sesuaikan dengan waktu solat di tempat/kawasan anda.

.
 
.

A)    1/3 AKHIR MALAM (MULAI  2.30 PAGI)

 .
1.  Qiamullail

Dalam waktu 1/3 akhir malam, iaitu antara jam 2.30 pagi hingga terbit fajar, adalah masa teristimewa dan turunnya Rahmat Allah ke bumi. Waktu ini amat sesuai untuk Qiamullail iaitu melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah SWT.

Orang yang mengamalkan qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka. Nabi SAW bersabda; “Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.”  (HR; Muslim)

Banyak keterangan tentang hadis-hadis keistimewaan 1/3 malam, ‘Rahmat Allah turun ke langit dunia’, pentafsiran tentang kalimah ‘turunnya’ Allah, kaifiyat berqiamullai, boleh pelbagaikan amalan ketika qiamullail, bukan setakat melakukan solat tahajud, tapi membaca al-Quran, dengan memahami isi kandungannya, berzikir dan beristighfar muhasabah diri serta menangis mengenangkan dosa-dosa.

Apa yang lebih penting dalam Islam ialah melakukan ibadat itu biar sedikit tetapi istiqamah yakni dibuat berterusan dan falsafah di sebalik qiamullail terkandung sifat ikhlas di mana kita beribadat seorang diri pada waktu orang lain nyenyak tidur di tilam yang empuk.

.
2.   Solat-solat sunat yang harus didirikan ialah

a)     Solat Sunat Tahajjud

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’; 79)

Dari Ubadah bin Shamit RA dari Rasulullah SAW : “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengucap “Tiada Tuhan selain Allah. Tidak ada sekutu baginya. Dia Pemilik Kerajaan dan segala puji hanya untukNya. Dia Maha Kuasa. Segala pujian hanya untuk Allah. Segala Keagungan hanya untuk Allah. Tiada tuhan selain Allah. Allah Maha Besar. Tiada daya dan kuasa kecuali dengan izin Allah.” Kemudian mengatakan “”Ya Allah Ampunkan Kami” atau berdoa kepada Allah, maka doanya akan dikabulkan dan apabila dia berwudhuk dan mengerjakan solat malam (tahajjud), maka solatnya akan diterima.”  (Hadis riwayat Bukhari).

Di antara Fadhilat Lainnya  :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan orang mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.
6. Doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

b)     Solat Sunat Taubat

Bertujuan untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat kepada Allah SWT menyesal dan tidak akan mengulangi dosa yang disesalkan itu lagi.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “ Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap  malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)


c)     Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan tidak terhad kepada urusan perjodohan sahaja tetapi dalam skop yang lebih luas adalah untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam memutuskan tindakan yang terbaik dan kelancaran urusan seharian.


d)     Solat Sunat Tasbih

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Kalau boleh didirikan setiap malam, kalau tidak boleh, seminggu sekali, kalau tidak boleh sebulan sekali, kalau tidak pun setahun sekali, paling2 tidak sekali seumur hidup.” Allah menjanjikan keampunan dosa yang lalu dan akan datang untuk mereka yang mengerjakan solat ini.


e)     Solat Sunat Hajat

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah SWT atau daripada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.”    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardak bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat.”


f)     Solat Sunat Witir

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah:  “Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)

Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua rakaat dhuha dan witir sebelum tidur.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu Solat Witir.”   (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.

Bagaimanapun, paling minimum qiamullail ialah menunaikan solat witir satu rakaat.

.
.


B)    1/3 AKHIR MALAM   (5.30 PAGI)

1.  Bersahur

Rasulullah SAW bersabda;“Seelok-elok sahur seorang mukmin itu ialah dengan buah tamar.” – (Hadis riwayat Ibn Hibban).

Anas bin Malik r.a. berkata telah bersabda Rasulullah SAW:  “Sahurlah kamu sekelian, sesungguhnya dalam sahur itu ada keberkatannya.”  (HR. Muslim).

“Semua sahur adalah berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya, walaupun di antara kamu hanya meneguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat atas orang-orang yang melakukan sahur.” (HR. Ahmad, dan al-Mundziri)

Menurut Ibnu Hajar al-Asqalani yang dimaksudkan dengan berkat itu ialah ganjaran pahala dari Allah. Sahur akan menguatkan lagi semangat dalam berpuasa serta dapat membantu seseorang itu untuk melakukan apa juga bentuk ibadat sepanjang ibadat puasa dilaksanakan.

Nabi SAW. bersabda: “Jadikanlah makan diwaktu sahur sebagai penolong melakukan puasa diwaktu siang. Dan istirahat di tengah hari sebagai penolong untuk melakukan shalat malam kamu.”

.
2.  Membaca Al Quran

Sementara menanti masuk Subuh, membaca al-Quran kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, “Membaca al-Quran adalah ibadat sunat yang paling afdal.”

Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”

.
C)   PENGHUJUNG MALAM (WAKTU IMSAK – 5.40 PAGI

 1.  Bersugi

Berhenti makan berat 10 minit sebelum Subuh (Imsak) supaya dapat bersugi membersihkan mulut dan sempat bersedia dengan tenang untuk ke masjid bersolat jamaah.

Walaubagaimana pun sekiranya seseorang itu terlewat bangun untuk makan sahur dipenghujung waktu, masih lagi diharuskan makan dengan kadar segera.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu mendengar azan subuh padahal bekas minuman masih di tangannya, maka janganlah ia meletakkannya sehingga dia menyelesaikan meminumnya”. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah).

2. Minum Sedikit Air

Beberapa minit sebelum Subuh minumlah segelas air masak/zam-zam bagi melegakan kerongkong selepas bersugi dan membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan yang masih ada.

.
D)   SUBUH / FAJAR (AZAN SUBUH – 5.50 PAGI)

 

1.  Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh (Solat Sunat Fajar)

Sabda Rasulullah SAW; “Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.”  (HR; Muslim)

Sayyidah ‘Aisyah dalam hadis muttafaq ‘alaih menyatakan: “Tidak ada nafilah, solat sunnah, yang sangat dijaga pelaksanaannya oleh Nabi Saw. melebihi dua rakaat fajar.” (HR. Bukhari dan Muslim)

.
2.  Solat Subuh Berjemaah

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang keluar ke masjid pada waktu pagi atau petang, Allah SWT akan sediakan kepadanya di syurga tempat berteduh pada setiap kali ia keluar.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

 .
3.  Membaca Al Quran

Membaca al-Quran kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, “Membaca al-Quran adalah ibadat sunat yang paling afdal.”

Bersabda Rasulullah SAW, “Sesiapa membaca satu huruf kitab Allah, memperoleh satu kebajikan. Saya tidak mengatakan Alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” (HR; al-Tirmizi)

.
4.  Berselawat

Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”  (Surah Al-Ahzab: 56).

Banyak kelebihan lain kepada orang yang berselawat kepada Rasulullah SAW, Allah akan menunaikan segala hajatnya, menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjatnya dan memperolehi syafaat Rasulullah SAW pada hari kiamat.

”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).

“Sesiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).

”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).

.

.E)    SYURUK – (7.12 PAGI)



1.      Membaca  Al-Ma’thurat

Sesiapa yang membaca di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

       .
2.  Berwirid Sehingga Terbit Matahari

Kita juga boleh bertasbih, bertahmid, beristighfar, berselawat dan berdoa.

Sabda Rasulullah SAW.: “Para malaikat berselawat bagi setiap orang yang selesai solat dan masih ia tetap di tempat solatnya itu. Malaikat pun berdoa: “Ya Allah, berikanlah kepadanya rahmat dan keampunan-Mu.…” begitulah keadaannya selama mana orang itu tidak batal wuduknya atau  ia keluar dari masjid.”    Hadis Riwayat Muslim.

.
F)    ISYRAQ – (7.24 PAGI)

 

1.      Membaca Doa Solat Sunat Isyraq

 Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِىْ اَقَالَنَا يَوْمَنَا هَذَا وَلَمْ يُهْلِكْنَا بِذُنُوْبِنَا.

Segala pujian bagi Allah yang telah memberikan kami hari ini dan tidak memusnahkan kami kerana dosa-dosa yang dilakukan.


2.     Solat Sunat Isyraq

Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah  sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)

.
G)   PAGI – (7.45 PAGI)



Mula keluar bekerja/belajar…


1.      Itqan atau Tekun Berkerja/Belajar

Setiap pekerjaan yang baik adalah suatu ibadah. Walaubagaimana pun sewaktu belajar / berkerja hendaklah diniatkan sebagai ibadah dan berkhidmatlah dengan sebaik atau seikhlas mungkin.

 .
2.      Solat Sunat Dhuha – (10.00 Pagi)


Waktu rehat pagi boleh diguna melakukan solat sunat ini…

Rasulullah SAW bersabda lagi, “Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)

.
3.      Membaca Al Quran

Tips Khatam Membaca 30 Juzuk Al Quran:

Baca sedikit tetapi selalu. Satu juzuk selalunya mengandungi 20 mukasurat; Jadi lakukanlah pembacaan seperti berikut:

    Bacalah 4 mukasurat selepas Subuh (20 minit)
    Bacalah 4 mukasurat selepas Zuhur (20 minit)
    Bacalah 4 mukasurat selepas Asar  (20 minit)
    Bacalah 2 mukasurat selepas Isyak (10 minit)
    Bacalah 6 mukasurat selepas Tarawih (30 minit)


H)   TENGAHARI – (1.00 T.HARI)



Waktu rehat tengahari boleh diguna melakukan pelbagai ibadah termasuk qailullah, membaca Al Quran, tazkirah dan solat…


1.      Qailullah

Qailullah ialah tidur sebentar sebelum masuk waktu solat Zuhur; dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit. Tidur ini disunatkan sebagai memudahkan untuk bangun menunaikan solat sunat di tengah malam. Sekiranya  tidur tanpa berniat untuk bangun pada tengah malam maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada tidur tersebut.

Rasulullah SAW bersabda: “Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.”    Hadis riwayat Ibnu Abbas.

Khalifah Umar  bin Khattab pernah mengingatkan agar tidak terlalu banyak tidur;  “Sekiranya kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak masyarakat; jika kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah.” Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (bukan sepanjang hari) walaupun pada musim panas atau bulan Ramadan.

.

2.     Solat Sunat Rawatib Sebelum Zuhur (1.21 Petang)

Dari Ibnu Umar ra berkata, “Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas solat Maghrib, 2 rakaat selepas solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.”  (HR Muttafaqun ‘alaihi)

Daripada Aisyah r.a.; “Bahawa jika Rasulullah SAW tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya selepas Zuhur (waktu Asar).” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)

.
3.     Solat Fardu Zuhur

Sabda Rasullullah SAW,

1.   “Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. 


2.  Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.


3.  Solat Maghrib itu adalah saat Allah menerima  taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian  dia  berdoa meminta sesuatu  pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

  
4. Solat Isyak itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul  sebelumku.  


5. Solat Subuh adalah sebelum terbit matahari.Ini kerana apabila  matahari  terbit, terbitnya di antara dua  tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.”

Daripada kitab Durratun Nasihin, Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa solat lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah): Pertama dia tidak ditimpa kefakiran di dunia. Kedua, Allah SWT membebaskannya daripada seksa kubur. Ketiga, dia akan menerima kitab amal dengan tangan kanan. Keempat, dia akan melalui jambatan (siratulmustakim) seperti kilat menyambar dan kelima, Allah SWT. memasukkannya ke dalam syurga tanpa hisab dan seksa.”

.
4. Solat Sunat Rawatib Selepas Zuhur

Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:“Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang bersolat kerana Allah Ta’ala setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga.”  (Riwayat Muslim)

.
I)      PETANG – (4.39 PETANG)


.
1.     Solat Asar

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mendengar azan tetapi ia tidak hadir, maka tidaklah sempurna solatnya kecuali disebabkan keuzuran.”  (Riwayat Ibn Majah).

.
2.     Membaca Al-Ma’thurat

Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya, termasuk mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat serta mendapat keselamatan dari segala sesuatu.

 .
3.     Menyediakan Bahan Berbuka dan Bersahur

 Rasulullah SAW  sering menggalakkan umat Islam menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa meskipun dengan hanya beberapa biji tamar atau segelas air.

Sabda Baginda SAW :  “Sesiapa yang menjamu orang yang puasa akan mendapatkan pahala seperti pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, bn Mâjah, Ibn Hibban dan dishahih kan oleh Imam Tirmidzi)

.
J)     MAGHRIB – (7.28 MALAM)



1.     Berbuka Puasa dengan Buah Kurma dan Segelas Air Terlebih Dahulu

Rasulullah SAW mengisi perut dengan sedikit makanan seperti kurma dan air saja, setelah itu baru Baginda SAW melaksanakan solat Maghrib. Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dahulu.

Disunatkan berbuka dengan tiga butir kurma dan segelas air. Anas bin Malik berkata: “Rasulullah SAW berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab (buah kurma ranum). Jika tiada rutab, Baginda akan berbuka dengan tamar (kurma kering) dan jika tiada tamar, Baginda minum beberapa teguk air.”  (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sekiranya tiada kurma, bolehlah digantikan dengan manisan, buah-buahan atau makanan yang belum terkena api.

.
2.     Memperbanyakkan Doa

Disarankan berdoa apa saja yang dihajati sewaktu berbuka kerana ia antara waktu yang mustajab (makbul) berdoa. Rasulullah SAW. bersabda: “Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas mereka yang bersahur.” – (Hadis riwayat At-Tabrani dan Ibn Umar).

.
3.     Solat Fardhu Maghrib Berjemaah

Allah mengurniakan ganjaran pahala 27 kali ganda daripada solat bersendirian kepada orang yang mendirikan solat berjemaah. Daripada Ibnu Umar r.a. katanya; Rasulullah SAW. bersabda: “Solat jemaah itu lebih utama pahalanya daripada solat sendirian sebanyak 27 darjat.”  (Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)

Rasulullah SAW. bersabda: “Solat seorang lelaki dengan berjemaah, lebih baik daripada solat bersendirian di rumah selama empat puluh tahun.”

.
4.      Solat Sunat Rawatib Selepas Maghrib

Dari Ibnu Umar ra berkata, “Aku menjaga 10 rakaat dari nabi SAW: 2 rakaat sebelum solat Zohur, 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas solat Maghrib, 2 rakaat selepas solat Isyak dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.”  (HR Muttafaqun ‘alaihi)

.
K)   1/3 AWAL MALAM – (8.40 MALAM)



1.     Solat Fardu Isyak Berjemaah

Sabda Rasulullah SAW: “Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatan yang jika kamu lakukan, nescaya Allah akan menghapuskan segala kesalahan dan mengangkat kamu ke darjat yang tinggi? Iaitu melengkapkan wuduk meskipun secara terpaksa (kerana sejuk atau panas), memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu satu solat sesudah solat yang lain. Itulah pendinding kamu..” (Hadis sahih)

Sabda Nabi SAW.:“Sesiapa solat Isyak berjemaah, maka seolah-olah ia solat separuh malam dan sesiapa yang menghadiri solat Isyak dan Subuh berjemaah, maka seolah-olah ia telah beribadat sepanjang malam.” (Riwayat Muslim)

.
2.      Solat Sunat Rawatib Selepas Isyak

Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:“Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang bersolat kerana Allah Ta’ala setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga.”  (Riwayat Muslim)

.
3.     Tarawih dan Witir Berjemaah

Dalam bulan Ramadhan ini, menunaikan solat tarawih sudah dikira sebagai qiamullail. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bangun (qiamullail) pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan akan diampun dosanya yang terdahulu.”  (HR; Bukhari dan Muslim).

Bagi makmum yang mengerjakan solat Tarawih disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat mahupun 8 rakaat. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman”  (HR; an-Nasaei).

.
4.     Tadarus Al Quran dan Tadabbur Maknanya.

Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah dari rumah Allah (masjid) yang membaca al-Quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, dikelilingi malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisi-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Abu Umamah dan Muslim)

.
L)    2/3 MALAM  – (11.00 MALAM)

.

    1.      Berdoa dan Berniat

Berdoa sebelum tidur sambil berniat untuk bangun awal di samping berniat puasa untuk hari esok.
Doa Sebelum Tidur
اَللَّهُمَّ أَنْتَ خَلَقْتَ نَفْسِىْ وَأَنْتَ تَتَوَفَّاهَا. لَكَ مَمَا تُهَا وَمَحْيَاهَا، إِنْ أَحْيَيْتَهَا فَاحْفَظْهَا، وَإِنْ أَمَتَّهَا فَاغْفِرْلَهَا. اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ.

Ya Allah! Dikaulah yang menciptakan diriku dan Dikaulah juga yang mematikannya. Untuk-Mulah kematian dan kehidupan diriku. Oleh kerana itu, apabila Dikau menghidupkannya, maka Dikau jagakanlah ia dan apabila Dikau mematikannya, Dikau ampunilah ia. Ya Allah daku memohon kesejahteraan dari-Mu.


Ketika mahu melelapkan mata, Baginda SAW meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya dan sekali lagi berdoa:
بِاسْمِكَ اَللَّهُمَّ أََحْيَا وَأَمُوتُ. اَللَّهُمَّ قِنِىْ عَذَابِكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادَكَ.

Dengan nama-Mu ya Allah, daku hidup dan daku mati.  Ya Allah! Pelihara-lah daku daripada azab-Mu pada hari Dikau bangkitkan semua hamba-Mu.

 .
2.  Tidur

Tidur berpatutan adalah ibadah. Ulama terkemuka berkata, kehidupan manusia sehari-hari dibahagikan kepada tiga iaitu:

    Lapan jam untuk taat dan beribadat kepada Allah,
    Lapan jam untuk bekerja dan mencari nafkah,
    Lapan jam lagi untuk beristirehat dan tidur.

Waktu beristirehat ini termasuklah ‘qualiti time’ bersama ahli keluarga dan masa tidur yang sebenar-benarnya yang diperlukan oleh manusia hanyalah empat jam sahaja. Sebagaimana Firman Allah SWT: “Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan solat Tahajud dan amal-amal soleh); mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.”   (Surah As Sajdah: 16)

Kajian sosiologi mendapati masyarakat dan golongan yang sedikit tidur iaitu antara 3 hingga 5 jam lebih panjang umur mereka.

.
M)  WAKTU LAPANG / SELINGAN



1.     Berzikir Dan Beristighafar

Hendaklah kita berusaha mencari lailatul qadar kerana pahala beribadat pada malam ini adalah menyamai 1,000 bulan atau 84 tahun. (al-Qadr: 3)

Ini adalah bonus yang Allah bagi kepada umat Nabi Muhammad yang rata-rata umur mereka ialah sekitar 60 ke 70 tahun berbanding umat terdahulu yang usia mereka mencecah beribu tahun.

Malam ini pula dikatakan berlaku pada malam ganjil 10 terakhir Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Carilah lailatul qadar pada malam ganjil 10 malam terakhir.” (HR;  Bukhari)

 .
2.     Menghadiri Majlis Ilmu/Membaca Buku-buku Ilmiah

Bagi mereka yang berkesempatan, boleh juga menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab-kitab agama, sirah nabi dan sebagainya. Bagaimanapun, kita boleh juga membaca buku-buku akademik contohnya berkaitan sains dan teknologi. Yang penting ia memberi manfaat kepada diri dan masyarakat. Membaca buku-buku begini pun turut diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.

Tuntutan menghadiri majlis ilmu ini sejajar sunnah Rasulullah untuk amalan umatnya. Rasulullah pernah bersabda bermaksud: “Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang belajar dan orang yang mendengar. Jangan kamu menjadi golongan yang keempat (bukan daripada tiga golongan), maka hendaklah kamu tinggalkan.”

.
3.     Beriktikaf di Masjid atau Surau

Iktikaf adalah amalan baik yang amat disunatkan kepada umat Islam melakukannya. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Maksud iktikaf ialah mendampingi masjid, bertujuan untuk membersihkan hati dengan mengingati Allah dan taqarrub (berdamping) dengan Allah Yang Maha Pencipta dengan hati yang ikhlas.

Allah amat menyukai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berusaha bertaqarrub kepada-Nya. Ia boleh dilakukan setiap kali berada di masjid iaitu semasa menunggu waktu solat Isyak misalnya, kita berniat beriktikaf. Dengan niat begini, kita sudah pun beroleh pahala.

.
4.     Bersedekah

Lebihkan bersifat pemurah dan dermawan iaitu banyak memberi, bersedekah dan menolong. Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan. Bersedekah bukan hanya memberi wang, tetapi termasuklah membantu kariah surau/masjid menyediakan dan memasak makanan berbuka dan sahur atau mengajak orang lain berbuka puasa di rumah kita terutama kepada golongan fakir miskin.

Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

Pada bulan Ramadhan ini, elok dilipat-gandakan amalan sedekah tanpa berkira-kira kerana sedekah merupakan amalan yang berterusan selagi harta itu dimanfaatkan. Janganlah kita sendiri kita campakkan diri kita ke lembah kebinasaan kerana kebakhilan kita sendiri.

.

.
Penutup

Ramadhan bukanlah bulan biasa. Ibadah umum seperti bekerja mencari rezeki dan belajar memang tidak boleh dihentikan namun biarlah kita cuba tambahkan ibadah khusus sedaya mungkin sebab Ramadhan ialah bulan ibadah, barakah dan makfirah.

Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, dimana Allah SWT memberikan kesempatan kepada orang-orang mu’min untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah SWT.

Alangkah ruginya andai kita langsung tidak mencuba untuk merebut peluang keemasan ini umpama sudah terhidang di depan mata tetapi masih enggan memanfaatkannya dan sudah diberi modal tetapi tidak mahu menggunakannya!

Pendek kata, rebutlah peluang Ramadhan yang ada kerana belum tentu kita akan bertemunya lagi pada masa akan datang. Pada waktu negara dalam keadaan yang masih lagi aman, manfaatkan keamanan ini dengan menambahkan amalan kita.

Moga-moga kita dapat mengecapi nikmat Lailatul Qadar dan Rahmat Allah Yang Maha Khaliq pada Ramadhan tahun ini . Amin!

.
والسلام

By

Shafiqolbu

Ramadhan 1432H